Google+ Fans

Wednesday, October 1, 2014

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul



Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

kredit: Legacy Secret Trading

Thursday, July 10, 2014

Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. In shaa Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang menghidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Thursday, June 12, 2014

Movie dating with the boys: Edge of Tomorrow


edit sendiri ni.. kuikuikui

Semalam aku tengok citer ni.. Mula-mula aku tak faham..apa hal la ko asik dok ulang-ulang scene yang sama. Akhirnya aku faham jugak.. Nasib baik la hero Tom Cruise..kalau tak ade yang cabut keluar kot..hehe

Korang patut g tengok citer ni.. Banyak gak pengajaran yang aku dapat dari citer ni seperti kalau kite banyakkan latihan pasti kita akan jadik lebih bagus. Citer ni sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.. Takde adegan sex atau ganas melampau.. Ni citer action so ganas tu terpulang pada korang la untuk tafsirkan..

Apepon aku happy spend time with the boys....


Wednesday, April 2, 2014

10 Perkara Yang Merosakkan Otak.


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.


3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.


4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.


6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.


7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.


8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.


9. Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan member banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.


Tuesday, April 1, 2014

Cara atasi masalah berdengkur


Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.


Turunkan Berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan berkemungkinan menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.


Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.


Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.


Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.


Guna ‘Breathe Right’
Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.


Note: Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.

Monday, March 31, 2014

Kerana Semangkuk Bubur

“Kalau kau boleh pilih salah seorang daripada batch kita untuk dijadikan isteri, siapa yang akan kau pilih?” Spontan soalan itu terluah. Damak tergelak.

“Kenapa? Kau nak kahwin ke?” Adam menggeleng.
“Habis?”
“Saja. Nak tahu pendapat kau tentang ciri-ciri seorang bakal isteri.”
Mereka berdua baru sahaja selesai kuliah Fisiologi. Waktu lapang selama dua jam yang ada sebelum kuliah subjek seterusnya dimanfaatkan untuk sarapan walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 pagi. Di meja makan tersebut hanya mereka berdua.

“Memang sah kau ni buang tabiat.” Damak tersenyum-senyum.
“Okey, aku jawab.” Damak akhirnya mengalah.
“Siapa?” Pantas Adam mengajukan soalannya semula. Wajah Damak dipandang tepat.
“Kau jangan nak buat gosip pulak. Ni contoh sahaja. Menjawab persoalan, bak kata orang.” Damak meletakkan syarat.
“Okey, takde masalah. Manalah tahu calon kau sama dengan pilihan aku, sekarang jugak aku pegi melamar.” ujar Adam sambil ketawa.
“Kalau dari batch kita, tak banyak choice. So, aku akan pilih Radin Rahmah.”
Pelajar perubatan Malaysia tahun empat di Universiti Nil itu tidak ramai. Cuma dalam lingkungan 100 orang. Separuh adalah lelaki, menjadikan pilihan pelajar perempuan untuk dipilih Damak cuma 50 orang dan Radin Rahmah menjadi pilihannya.
“Sebab?” Soal Adam selanjutnya.
“Ya lah. Dia kan cantik, kuat agama, lemah lembut, sopan santun, bak kata kawan kita, Ikmal, ada class.” jawab Damak selamba sambil menggayakan watak Ikmal dalam filem Syurga Cinta. Adam tergelak lagi.
“Kiranya pilihan kau mesti ada ciri-ciri tu la ek?” Damak mengangguk lagi. Kushari (sejenis makanan bangsa Mesir) di hadapannya sudah tinggal separuh.
“Kalau semua orang nak yang cantik, kuat agama macam kau nih, kesian la perempuan di luar sana yang buruk. Takde orang nak buat calon. Dah la buruk, minah bohsia pulak tuh.” luah Adam.
“Habis, kau berani?” Cabar Damak.
“Lelaki, kalau suka berfoya-foya pun, nak kahwin mesti cari yang baik punya.” sambungnya lagi.
“Kononnya.”
“86.48% lelaki macam tuh.” Damak melontarkan nombor secara rambang. Kemudian tergelak kecil.
“Ustaz aku dulu pesan, nak cari isteri, cari yang cantik.”
“Walaupun akhlak buruk?” Soal Damak.
“Ya.” Adam menjawab sepatah.
“Nak tahu sebab apa?” Soal Adam selanjutnya. Damak menceduk kushari sebelum menggangguk ingin tahu.
“Walaupun masa muda cantik, bila dah tua mesti kerepot kan?” Tanya Adam.
“Kalau ambik isteri cantik masa muda, masa tua nanti, sekurangnya dah menikmati kecantikan masa muda. Kalau masa kahwin dah hodoh, sampai mati kau sabar dengan kehodohannya tuh,” Adam tergelak besar. Damak pun sama.
“Habis, apa hal pulak akhlak diabaikan?” Tanya Damak setelah ketawanya reda.
“Akhlak boleh diubah, muka kalau make-up macam mana pun, tetap hodoh.” Adam gelak lagi.
“Sebenarnya ustaz aku gurau je tuh. Ciptaan Allah semuanya cantik, lawa. Cuma berbeza dari sudut pandang manusia. Bak kata Pemenang, cantik itu subjektif.” Shawarma (juga sejenis makanan Arab, macam sandwich) di tangannya dihabiskan.
“Tapi dalam gurauan dia tu ada betulnya juga. Samada kita berani atau tak menyahut cabaran mengubah seorang perempuan.”
“Kalau kau, confirm tak boleh. Cepat cair dengan perempuan comel. Dia panggil abang sikit, terus tak jadi nak tegur.” Gurau Damak. Gelak besar dia.
“Tahu takpe,” Adam hanya tersenyum. Dia memerhatikan pelajar-pelajar Arab di hadapannya yang sedang seronok berbual.
“Cumanya kalau kau nak yang cantik, kuat agama, lemah lembut, kau tu layak ke dapat jenis macam tu?” Soal Adam.
“Tak salah berharap kan?” Damak tersengih.
“Impian tak salah, tapi kena usaha juga. Mencari jodoh tak semestinya terhegeh-hegeh pergi mengorat. Ciri-ciri kau sebagai suami tu dah cukup ke belum. Orang kata, biar sekufu, biar ada kelas yang sama.” hujah Adam.

“Seronok sembang.” tegur satu suara dari belakang. Bahu Adam ditepuk. Sebungkus plastik berisi Tupperware diletak di atas meja.
“Eh, kau Bebe. Dari mana?” Soal Damak. Bebe mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Peluh di dahi dikesat dengan tisu di atas meja.
“Dari kuliah laa. Dari mana lagi? Ingat aku ponteng kuliah ke apa?”
“Tetiba je muncul. Ni apa?” Adam membuka ikatan plastik di hadapannya. Tupperware dikeluarkan.
“Wah, bubur kacang. Kau masak eh?”
“Takde ah. Akhawat yang masak. Kan ada parents yang datang sini, so dia orang masak bubur. Entah ape mimpi diorang, banyak yang lebih, diberinya kat aku. Mentang-mentang aku handsome.” jelas Bebe.
Damak mengambil sudu lalu menjamah sedikit.
“Hampeh, dah lah cair, tawar plak tuh. Patut la dia bagi kat kau Bebe.” Dia meneguk air masak di dalam gelas.
“Kalau tahu sape buat nih, aku terus reject jadi bini.” sambung Damak. Kushari yang berbaki dicapai kembali.
“Radin Rahmah yang buat. Pergi complaint kat dia.” jawab Bebe selamba sambil merampas shawarma dari tangan Adam.
Damak tersedak. Adam hanya gelak.


*Lelaki mencari isteri yang cantik, kuat agama, tapi bila tidak pandai masak ada kemungkinan direject kerana tidak cukup sempurna. Lelaki-lelaki sekalian, sudahkah kalian cukup sempurna untuk menjadi imam dalam bahtera rumah tangga wanita-wanita yang bakal menjadi isteri-isteri kamu kelak? Renung-renungkan.

Sunday, March 30, 2014

Papan Tanda Tandas Yang Patut Ada

Pernah masuk tandas awam? Mesti korang biasa baca papan tanda peringatan seperti ‘SILA TUTUP AIR’, ‘SILA JAGA KEBERSIHAN TANDAS’ dan lain-lain lagi tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ramai yang tak endahkan papan-papan tanda yang telah sedia ada. Apa kata buat papan tanda yang lain power sikit.

Sila tarik pam selepas guna. Sila tarik ye, bukan menjahanamkannya.
Tau la korang dulu budak seni, tak payah la nak conteng tandas ni.
Pintu bilik air ini bukan buku panduan telefon. Jangan memandai nak tulis nombor telefon di sini.
Makan pandai, buang tak pandai? Sila nyatakan di mana anda sekolah dulu.
CCTV dipasang di tandas ini. Sila jaga kelakuan anda.
Jangan menggatal nak masuk tandas lain jantina ye.
Sila tutup air selepas guna. Bukan tutup mata bila nampak air tak tutup.
Tolong jangan sepah-sepahkan bahan buangan anda di sini. Banyak lagi kerja yang kami kena buat.
Bayar 20 sen nak tandas mewah. Gila ke?
Ini tandas AWAM bukan tandas AWAK. Sila jangan buat sesuka hati awak.


Saturday, March 29, 2014

Korang Memang Tak Patut Kalau…

1.Bercita-cita nak buat amal jariah bila korang kaya satu hari nanti. Tapi bila dah kaya jangan kata nak buat amal jariah, nak antar duit belanja kat kampung pun haram tak pernah.

2.Komplen dan kondem apa yang orang lain buat. Itu tak kena, ini tak kena… pendek kata ada je yang tak kena. Tapi bila suruh bagi cadangan atau pandangan, korang buat derk je.

3.Bercinta bagai nak rak macam filem Titanic tiga empat tahun tapi korang langsung tak berniat nak kahwin dengan girlfriend korang.

4.Solat berjemaah time hari Jumaat je sedangkan hari-hari lain jangan kata jemaah, sorang-sorang pun belum tentu korang buat.

5.Dari pagi duduk berkumpul dengan member-member opis; sembang-sembang kosong sampai ke petang. Keja yang bos bagi satu pun korang tak siapkan.

6.Carik member lama time korang ada masalah je (terutama masalah duit). Tapi bila masalah korang dah setel, payah gila nak nampak batang hidung.


Friday, March 28, 2014

6 Kelebihan Hari Jumaat


1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Marilah kita jadikan Jumaat kite kali ini lebih bererti. Bukannye ape, untuk kebaikan kite jugak. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kite rebut. Jadikanlah hari Jumaat lebih bersemangat untuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristighfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

*Kredit: wanmaruzen

Thursday, March 27, 2014

Gadis Melampau Terima Padah

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?” Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. “Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.

Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.

Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah, mahupun sunnah Rasulullah SAW dengan mempersendakan atau ejekan.


Friday, March 21, 2014

Tip Nak Cover Malu


Bayangkan kalau korang tengah berjalan-jalan, tiba-tiba terjadi sesuatu yang memalukan korang. Apa nak buat? Daripada dapat malu nanti, apa kata korang try tip di bawah ni. Itu pun kalau berani la...

Kalau tersepak batu dan terjatuh

  • Jangan bangun. Nanti orang tau korang tersepak batu. Terus je guling-guling atas jalan sambil nyanyi lagu Hindustan. Tak pun, lepas berguling tu, terus bangun sambil memuji, 'Hebat baju saya, tak kotor langsung'.
Kalau jatuh basikal
  • Spontan korang angkat basikal tu bawak berlari, pastu naik lagi. Kemudian, buat-buat jatuh lagi dan begitu seterusnya. Gerenti orang kata korang tengah buat exercise. Tak pun, korang terus campak basikal tu dalam longkang sambil cakap 'Ini basikal low class. Gua nak beli basikal sport lepas ni'. Mesti orang kagum.
Kalau jatuh tangga
  • Terus bangun dan buka pencak silat. Tak pun, kung fu pun boleh. Sambil tu tangan dok bagi aura sambil baca ayat ikut korang suka. Mesti orang ingat korang tengah lawan dengan makhluk halus. Kalau tak pandai gak, buat-buatlah histeria macam kena rasuk. Abis citer.
Kalau jatuh dalam longkang
  • Berlakon la tengah kutip sampah dalam longkang tu. Sambil tu, kuatkan suara maki-hamun orang yang suka buang sampah tu. Kononnya korang prihatin dengan kebersihan awam ni. Mesti yang tengok rasa bangga dengan korang.
Kalau terjatuh masa hendak naik bas
  • Jerit kuat-kuat, 'Oi, apa tolak-tolak ni!' Tak kisahlah walaupun tak ada orang kat belakang korang pon.
Kalau terjatuh depan bus stop
  • Buat-buat pitam, pengsan terus. Kalau ada orang, boleh dia tolong sebab ingat korang sakit. Kalau tak ada orang, bangun sendiri je lah!
Kalau tergelincir kat lantai yang licin
  • Tarik sesiapa yang ada dekat dengan korang supaya jatuh sekali. Kuranglah rasa malu sikit. Kalau tak, buat-buat menari breakdance kat atas lantai tu. Mesti ramai yang bersorak ingat korang tengah buat show percuma.
*Ha, macam mana? Berani tak korang nak ikut tip di atas tadi? Tak berani? Okey, alih lah ke page lain...

Thursday, March 20, 2014

Jaga-Jaga, Rumah Itu Ada Pocong!!!

     Ceritanya mudah. Ringkas, tak ada belok-belok. Orang putih kata straight to the point. Tapi masalahnya, ending cerita ni lain sedikit. Tak sama macam kisah orang lain yang Shafrie pernah dengar. Memang kawan-kawannya di Kampung Umbut di daerah Hulu Perak itu takkan kata dia bermimpi. Cuma, mereka pasti akan gelak sampai nak terburai isi perut. Paling tidak pun, mereka akan anggap Shafrie tengah high atau stim ubat batuk.
     Masalahnya sekarang, dia tak pernah pun ambil benda-benda terlarang, jauh sekali nak suntik dadah ke dalam tubuh macam budak-budak kampung lain. Hisap rokok pun tidak, takkanlah dia gatal nak minum ubat batuk atau telan syabu. Jadi, kalau ada yang kata dia high, memang Shafrie sanggah habis-habisan.
     Nak kata dia tersalah nampak, tak mungkin juga sebab masa tu dia ditemani adiknya, Shahrizan. Apa yang Shafrie lihat semasa kejadian penghujung 2013, Shahrizan juga nampak benda yang sama. Sebiji-sebiji mereka berdua nampak.
     Memang sah, semasa naik motosikal balik dari kebun getah lebih kurang pukul 6.00 pagi, mereka berselisih dengan Pak Lang Berahim dekat dengan rumah kosong di hujung kampung itu. Shafrie dan Shahrizan sendiri nampak kelibat Pak Lang Berahim yang naik basikal menuju ke gerai Pak Hasan Kenit. Orang tua itu siap sengih dan angkat tangan lagi. Di handle basikal tersangkut tongkat kayu berwarna coklat yang Pak Lang selalu bawa ke hulu ke hilir.
     Pak Lang kayuh basikal laju. Belakang basikal tua Pak Lang ada orang pakai baju putih duduk atas pelantar tempat duduk. Raut wajah mereka tak nampak pula. Mungkin Mak Lang Mah, isteri Pak Lang. Tapi...
     Hendak kata baru balik surau, tak mungkin sebab surau nun jauh di simpang masuk kampung. Hendak kata Pak Lang pergi menoreh pun tak mungkin juga sebab laluan ke kebun getah orang tua itu ikut hala lain. Habis tu Pak Lang pergi mana tadi?
     Jalan depan rumah kosong yang baru saja mereka lalu tadi mana ada apa-apa. Keliling kawasan tersebut semua kebun getah. Yang ada hanya tanah perkuburan Islam, atas sikit saja dari rumah usang itu. Tapi, apa jadahnya Pak Lang dengan Mak Lang pergi ziarah kubur pagi-pagi buta macam ni? Takkan tak boleh tunggu esok siang? Mereka mula garu kepala.
-----------------------------------------------------------------
     "Pak Lang Berahim mana?" tanya Shafrie sambil tercari-cari kelibat jirannya tadi.
     "Belum sampai lagi... kenapa?" jawab Pak Hasan Kenit ketika menyambut kedatangan dua orang anak muda yang berbaju agak compang-camping itu. Bau hamis peluh mereka bercampur dengan bau getah semerbak menerjah hidung Pak Hasan walaupun cuaca pagi itu masih sejuk.
     Belum? Jawapan itu menyebabkan perut mereka terasa senak. Serta-merta wajah dua anak muda itu berubah. Shafrie dan Shahrizan saling berpandangan. Mereka telan air liur. Belum? Bukan ke tadi Pak Lang Berahim dah datang sini? Pelik! Bukan main laju lagi Pak Lang kayuh basikal, takkan tak sampai sini lagi?
     "Hah... yang kau orang berdua tercegat kat situ kenapa?" sergah Pak Hasan.
     "Err.. tak ada apa-apa lah Pak Hasan," jawab Shafrie pantas. Dalam kepalanya muncul seribu satu persoalan. Hajat nak minum teh tarik pagi itu terbantut. Mereka perlu segera cari Pak Lang Berahim.
     Balik dari warung Pak Hasan Kenit, Shafrie dan Shahrizan terus singgah ke rumah Pak Lang Berahim, selang beberapa blok sahaja dari rumah mereka. Lelaki berusia 70-an itu keluar sebaik mendengar suara garau Shafrie memberikan salam.
     "Pak Lang pergi mana tadi?" tanya Shafrie. Hatinya bersungguh mahu tahu ke mana orang tua itu pergi selepas berselisih dengannya di rumah kosong itu. Lepas berselisih, Pak Lang Berahim terus hilang tak tahu ke mana.
     "Ada kat rumah, tak pergi mana-mana pun. Ni baru aku nak keluar pergi ke warung Pak Hasan," jawab Pak Lang Berahim sambil membetulkan gulungan kain pelekat di perutnya yang sedikit terbonjol. Tangannya memegang tongkat kayu dan sebatang cerut yang masih berasap.
     "Jangan buat lawak, Pak Lang. Cuba Pak Lang cakap betul-betul ke mana Pak Lang pergi tadi?" tanya Shahrizan serius. Dia masih tak puas hati dengan jawapan lelaki tua berambut putih itu.
     "La... kan aku dah beritahu," balas Pak Lang Berahim. "Aku tak pergi mana-mana pun. Dari tadi aku duduk di rumah. Ni baru nak keluar. Kalau tak percaya, kau berdua pergi tanya Mak Lang. Betul tak?" kata orang tua itu sambil menoleh menjuih mulut ke arah isterinya yang berdiri di muka pintu. Mak Lang Mah yang masih bertelekung hanya mengangguk bersetuju.
     Perkara itu semakin memeningkan kepala Shafrie dan Shahrizan. Mereka garu kepala yang tak berapa nak gatal. Habis, siapa pula lelaki naik basikal yang mereka tengok kat rumah usang tadi tu? Memang sah, kelibat yang mereka lihat ialah Pak Lang Berahim. Bukan baru sehari dua Shafrie dan Shahrizan kenal Pak Lang. Mereka sekampung, berjiran pula. Usahkan dari depan, dari tepi atau belakang pun mereka boleh cam Pak Lang Berahim.
     Basikal tua, kain pelekat hijau, T-shirt pagoda putih, tali pinggang Mekah, susuk badan, semuanya sama dengan Pak Lang. Walaupun masa tu pukul 6.00 pagi masih gelap, tapi mereka nampak jelas melalui cahaya lampu motor. Tak diragui lagi, memang sah itu Pak Lang Berahim.
     Kalau dah tuan empunya badan menafikan, jadi, siapa pula makhluk itu?
     "Aku rasa kau orang berdua dah jumpa 'benda lain' ni..." kata Pak Lang dengan nada sedikit serius. 'Benda lain'? Mungkin betul kata orang tua itu, mereka dah terserempak dengan 'benda lain'.
     Semua penduduk di Kampung Umbut tahu, kawasan di sekitar rumah peninggalan itu bukan sembarangan. Sudah banyak berlaku kejadian misteri di situ. Macam-macam cerita pelik yang mereka dengar.
     Pagi itu, Pak Lang Berahim membuka kisah. Rumah yang ditinggalkan lebih 20 tahun itu sebenarnya dihuni oleh hantu pocong. Makhluk itulah yang menjaga rumah itu selama ini. Ramai di kalangan penduduk kampung sering melihat kelibat pocong berkeliaran di rumah berkenaan. Kadang-kadang ia dilihat terbaring di laman dan ada kalanya bertenggek di tangga rumah.
     Malah ada di antara penduduk kampung pernah dihambat oleh benda bergolek-golek dalam kain kapan ketika melalui kawasan tersebut. Setiap kali benda itu muncul bau kapur barus akan menyelinap ke dalam hidung.
     Yang peliknya, walaupun telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun, tetapi struktur binaan rumah itu masih utuh. Tak reput dan kayunya tak dimakan anai-anai. Cuma kawasan rumah sahaja nampak semak samun sebab tak ada siapa yang jaga.
     Sekarang, Shafrie dan Shahrizan adalah mangsa terbaru. Kalau diceritakan peristiwa tadi kepada kawan-kawan kampung, mereka pasti akan ketawa. Ketawa perli- 'padan muka, siapa suruh lalu kawasan rumah hantu itu'. Macam itulah maksudnya lebih kurang.
     Seperti yang dikatakan tadi, apa yang berlaku adalah mudah. Tetapi endingnya yang misteri. Kalau makhluk yang bertenggek di belakang tempat duduk basikal Pak Lang Berahim itu pocong, siapakah pula yang mengayuhnya?


Wednesday, March 19, 2014

Talak Gugur Kerana Termakan Hasutan

     Daniel, lelaki yang hadir dengan pakej lengkap. Punya penampilan menarik, wajah kacak, berbudi bahasa dan sebagai pelengkap, kerjaya sebagai juruterbang menarik minat ramai wanita untuk cuba mendampinginya.
     Namun hati Daniel terpikat pada seorang pramugari bernama Fatin. Kerap ditugaskan bersama menghadirkan kemesraan antara mereka. Setelah selesa beberapa tahun sebagai sahabat, Fatin menerima Daniel sebagai cinta hatinya. Kemudian mereka berhasrat membawa hubungan kepada ikatan yang lebih serius.
     Bagaimanapun hubungan mereka ditentang oleh ibu Daniel. Kamariah enggan menerima pramugari sebagai menantu. Puas Daniel memujuk ibunya agar menerima Fatin tetapi Kamariah tetap dengan keputusannya. Namun bapa Daniel tidak sekali membantah kerana baginya sebagai lelaki, anaknya itu berhak membuat keputusan sendiri. Setelah memberi restu, Daniel nekad dengan keputusannya mengahwini Fatin. Tidak ada cacat celanya wanita itu dimatanya.
     Walaupun majlis pernikahan Daniel tidak dihadiri oleh keluarganya, dia tetap gembira. Bukan dia mahu membelakangkan orang tua tetapi dia berharap tindakannya ini akan menyedarkan ibunya bahawa anak-anaknya perlu mempunyai kehidupan tanpa dipengaruhi sesiapa. Daniel jelak dengan sikap ibunya yang telah mengatur empat perkahwinan abang-abangnya yang mana kebanyakannya berakhir dengan penceraian.
     Setelah berkahwin, Daniel meminta Fatin menamatkan perkhidmatannya. Fatin lantas bersetuju namun dia meminta keizinan suaminya itu untuk menyambung pelajaran. Beranggapan isterinya akan kebosanan, Daniel memberi kebenaran.
     Mendengarkan cerita mengenai kehidupan baru Daniel membuatkan Kamariah 'tidak puas hati'. Bagi Daniel pula, perkahwinannya dengan Fatin tambah bermakna apabila Fatin mengubah penampilannya. Fatin mula mengenakan hijab, malah mengawal pergaulannya dengan lelaki. Tentunya sebagai suami, Daniel bersyukur dengan perubahan tersebut dan menambah lagi rasa sayangnya kepada isterinya itu.
     Dalam pada itu, hubungan Daniel dengan ibunya masih lagi dingin. Puas dihubungi ibunya namun Kamariah enggan bercakap dengannya. Tidak cukup dengan itu, dibawa Fatin bertemu ibunya tetapi penampilan baru Fatin masih tidak dapat menyejukkan hati mentuanya itu.

Jijik Dengan Isteri

     Melihat kebahagiaan Daniel, menambah rasa geram di hati Kamariah. Dia tetap tidak senang dengan menantunya itu lantas merancang sesuatu. Diupahnya seorang pelajar lelaki yang merupakan rakan sekursus Fatin. Dia membenarkan apa sahaja cara, asalkan Fatin tak bersama Daniel lagi.
     Sehingga pada suatu hari, Daniel puas menunggu Fatin. Sepatutnya mereka mempunyai temu janji makan tengah hari bersama sempena kenaikan pangkat Daniel tetapi Fatin tak juga muncul. Telefon pula tidak berjawab, membuatkan Daniel berasa kecewa dan berang.
     Namun perasaan marah berganti bimbang kerana sehingga ke tengah malam, Fatin masih tidak pulang. Bagaimanapun dia enggan membuat laporan polis kerana kehilangan Fatin belum 24 jam. Rasa risau menjadi sesuatu yang amat menakutkannya apabila Daniel menerima panggilan telefon daripada Fatin yang mengatakan dirinya dirogol lelaki tidak dikenali.
     Akibat daripada itu, Fatin trauma. Daniel pula bingung. Dia marah tetapi dia tidak tahu siapa yang perlu dimarahi. Semenjak itulah Daniel tidak mahu menyentuh Fatin. Ini menyebabkan perkahwinan mereka semakin hambar. Secara tidak langsung, prestasi kerjanya menurun. Emosinya tidak stabil dan menjadi seorang yang pemarah. Fizikalnya pula jelas kelihatan semakin kurus dan cengkung. Dia dilihat seperti tiada motivasi hidup.
     Melihat lemahnya diri Daniel ketika itu membuatkan Kamariah mengambil kesempatan memburuk-burukkan lagi Fatin. Dikatakan kepada Daniel bahawa Fatin itu menjijikkan kerana dirogol dan tidak layak lagi menjadi isteri Daniel. Termakan hasutan ibunya hari demi hari, membuatkan Daniel termakan pujukan, lantas menceraikan Fatin.
     Penceraian itu memberi kesan yang lebih mendalam kepada Fatin. Tidak disangka mesej yang diberikan kepada Daniel setelah genap tiga bulan penceraian mereka merupakan mesej terakhir. Fatin mengambil jalan singkat di luar batasan agama kerana kekecewaan terhadap hidupnya.
     Daniel termangu dan merasakan bahawa dia begitu berdosa kerana tidak membantu memulihkan semangat Fatin, sebaliknya membiarkan wanita yang pernah menjadi teman sekatilnya itu hanyut dengan mainan perasaan. Semenjak itu, Daniel sentiasa menyalahkan dirinya, sehinggalah seorang sahabat mengajaknya kembali ke jalan Allah. Ilmu di dada perlu diisi. Pintu hatinya kini ditutup dan tidak mahu menerima wanita lain dalam hidupnya, biar ibunya sentiasa mendesak dengan memperkenalkan ramai wanita. Sesalannya masih belum berakhir.


Tuesday, March 18, 2014

Tanpa Restu Keluarga Sukar Bina Bahagia

   
     Benarlah kata orang, perkahwinan tanpa restu ibu bapa tidak bawa ke mana. Bahagia diharap tidak kunjung tiba akhirnya derita melanda. Itulah yang berlaku dalam rumah tangga Amir. Bahagia yang didamba tidak menjelma sebaliknya perkahwinan atas nama cinta itu hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Amir bingung memikirkan di mana silapnya, apakah tiada keberkatan kerana tiada restu orang tua?

     Amir memilih Suhana, janda anak empat sebagai suri hidupnya. Bukan kerana paras rupa yang membuat Amir tertarik tetapi sifat keibuan yang ditunjukkan oleh Suhana membuatkan Amir jatuh hati. Kata orang cinta itu buta, memang betullah ungkapan itu. demi cinta Amir sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama Suhana sehingga mengetepikan pandangan ibu bapa dan keluarga yang tidak merestui perkahwinan ini.
     Puas Amir memujuk ibu bapanya agar menerima Suhana sebagai menantu. Namun mereka tetap enggan. Amir mengambil keputusan tidak mahu mengalah. Dia tidak sesekali akan memutuskan hubungan dengan Suhana dan berjanji akan mengahwini wanita idamannya itu. Akhirnya Amir dan Suhana bernikah di Thailand untuk menghalalkan hubungan mereka.

Bahagia Cuma Seketika

     Rumah tangga Amir dengan Suhana sangat bahagia. Dia menganggap anak-anak tiri seperti anak sendiri. Amir sentiasa berusaha melengkapkan segala keperluan keluarga. Setelah perkahwinan mencecah usia setahun, ada riak-riak kecewa menyelubungi diri Amir. Belum ada tanda-tanda Amir akan dikurniakan zuriat darah dagingnya sendiri. Amir belajar bersabar dan pasrah, mungkin Allah S.W.T mahu menguji ketulusan kasih sayangnya terhadap anak-anak Suhana.
     Demi mahu melihat keluarganya terus bahagia, Amir meminta Suhana berhenti kerja. Dia yakin mampu menanggung keluarga dengan pendapatannya dan mahu Suhana memberi tumpuan penuh pada urusan anak-anak dan rumah tangga.
     Suhana menerima permintaan Amir kerana dia juga mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Namun sebagai wanita yang pernah bergelar ibu tunggal dan pernah hidup berdikari, Suhana tidak betah duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa yang mendatangkan hasil. Memahami kehendak isteri, Amir mengizinkan Suhana bekerja dari rumah dengan membuka perniagaan secara online, malah dia sudi pula memberikan modal buat isteri tersayang.
     Nyata Suhana menggunakan kesempatan itu sebaiknya. Perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan sehingga kadang-kadang Suhana tidak punya banyak masa bersama anak-anak. Hujung minggu menjadi hari sibuk buatnya menguruskan pesanan pelanggan selain mengikuti pelbagai seminar perniagaan.
     Tidak mahu anak-anak rasa terabai dengan kesibukan ibu mereka, Amir mengambil alih tugas dengan melayan dan membawa anak-anak bersiar-siar. Kadang-kadang, tidur malam pun bersama anak-anak kerana Suhana sibuk dan keletihan. Amir sedaya upaya cuba memahami kesibukan isterinya yang menunjukkan kejayaan dalam bidang perniagaan onlinenya.
     Lain pula yang jadi kepada Suhana. Kebebasan dan kepercayaan yang diberikan Amir membuatkan dirinya lupa diri. Pergaulannya semakin luas hingga dia berpeluang berkenalan dengan ramai orang. Kesempatan ini digunakan oleh Suhana untuk membuka pintu hatinya menerima cinta daripada Azlan.
     Azlan jauh lebih muda daripada Suhana tetapi dia mengagumi isteri orang itu yang pandai berniaga. Suhana pula semakin alpa dan tertarik dengan kekacakan Azlan yang meminatinya. Akhirnya Suhana tewas dengan hasutan nafsu.

Tertangkap Ketika Berduaan

     Suatu hari Amir pulang awal kerana mahu memberi kejutan buat isterinya. Dia tahu anak-anak berada di sekolah dan Suhana tentu sibuk dengan uirusan tempahan pelanggan. Tetapi Amir tidak tahu sebenarnya pada hari itu juga Azlan berkunjung ke rumahnya untuk membantu Suhana menguruskan tempahan pelanggan. Mula-mula memang mereka sama-sama menguruskan kerja-kerja pembungkusan namun lama kelamaan mereka menguruskan satu sama lain.
     Dengan keadaan rumah yang sunyi sepi tanpa gangguan anak-anak, Suhana dan Azlan mengambil kesempatan itu untuk memadu asmara. Suhana langsung tidak menduga Amir akan pulang awal. Amir pula terkejut melihat ada kereta lain berada di laman. Perlahan-lahan dia masuk ke rumah dan mendapati Suhana tiada di ruang kerja.
     Hati Amir berdetik menuju ke bilik. Alangkah terkejutnya Amir menyaksikan sandiwara Suhana dan Azlan di rumahnya sendiri. Tanpa sedar, Amir meluru ke arah Azlan dan menghadiahkan tumbukan tepat di muka. Kemarahannya memuncak melihat Suhana dalam keadaan separuh tidak berbaju. Dengan kuasa yang ada padanya, Amir lantas menjatuhkan talak ke atas Suhana.
     Apa lagi yang dapat dikatakan oleh Amir. Rasa kecewa dan kesedihannya saling bertindih. Dia tidak tahu mengapa Suhana sanggup menikamnya dari belakang. Dia tidak tahu mengapa isteri yang dicintainya itu tega menduakan dirinya.
     Perlahan-lahan terbit rasa kesal di hati Amir. Barangkali inilah hukuman atas dirinya yang tidak mendengar nasihat ibu bapa. Hatinya telah dibutakan oleh cinta hingga dia tidak kenal mana kaca, mana permata.
     Akhirnya tinggallah Amir sendirian berkelana melayan cintanya yang hilang. Dia seakan-akan serik mendirikan rumah tangga walaupun dipujuk berkali-kali oleh ibu bapanya. Bagi Amir terlalu pahit untuk dia menelan semua penderitaan akibat dicurangi isteri sendiri.

Friday, March 14, 2014

Hidup Sederhana


“Tidak bakal susah orang yang hidup sederhana.”

Demikian sabda Nabi Muhammad SAW dalam riwayat Imam Ahmad.Hadis ini hanyalah salah satu dari sekian banyaknya sabda Nabi yang berbicara tentang hidup sederhana. Prinsip kesederhanaan ini tidak hanya terucap melalui kata-kata tetapi juga tingkah laku dalam hidup seharian baginda.

     Ibnu Amir pernah menyaksikan hebatnya kesederhanaan dan tawaduk Rasulullah, di tengah kedudukannya yang luhur di antara umat manusia. “Aku pernah melihat Rasulullah melempar jumrah dari atas unta tanpa kawalan pasukan, tanpa senjata, dan juga tanpa pengawal.”

     Menurut Ibnu Amir, Rasulullah menaiki keldai berpelanakan kain dan dibonceng pula. Sering menjenguk orang yang menghantar jenazah, menghadiri undangan dari seorang budak, membaiki sandalnya, menampal pakaiannya, dan mengerjakan pekerjaan rumah bersama isteri-isterinya.

     Pernah suatu ketika, Rasulullah bertemu dengan seorang lelaki yang kemudian gementar kerana kewibawaan beliau. Melihat hal itu, Muhammad SAW berkata untuk menenangkan laki-laki tersebut, “Tenanglah, aku bukanlah seorang raja namun aku hanyalah anak dari wanita Quraisy yang makan hirisan daging yang nipis.”

     Saat dia berkumpul dengan para sahabatnya, tak terlintas sedikit pun sikap untuk menonjolkan dirinya. Sehingga, manakala ada seorang tamu asing datang ia tak boleh membezakan Rasulullah dengan para sahabatnya. Bayangkan, seorang tokoh pemimpin masyarakat kelas dunia dan akhirat sulit dikenali lantaran kesederhanaan dan ketawadukannya. Memilih hidup sederhana tidak bermakna hidup miskin atau membawa diri dalam kemiskinan.

     Sementara itu, dikalangan sahabat kita mengenal Mush’ab bin Umair. Pemuda ini kaya raya, tampil bergaya dan serba mewah namun ketika tersibghah dengan nilai-nilai Islam, ia menjadi pemuda yang sederhana. Demikian Islam menginspirasi umatnya, yakni sederhana dalam pelbagai hal, mulai dari cara berpakaian, bertempat tinggal, berkenderaan dan sebagainya.

     Bukan sebaliknya, bergaya hidup berlebih-lebihan, glamour, boros dan bermegah-megah. Allah berfirman,
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (al-A’raf:31)

     Mengapa demikian, kerana terbukti gaya hidup mewah, berlebih-lebihan dan boros seringkali menyeret pelakunya untuk melakukan hal apa pun demi memenuhi segenap nafsu dan hasrat hatinya mungkin dengan cara rasuah, mencuri, menipu atau tindakan negatif lain.
Wallahu a’lam bishsawab



Thursday, March 13, 2014

Diusik 'Teman Pejabat' Bermata Merah

     Malam kian larut tetapi Hazifah masih tekun di meja kerjanya. Fail-fail penting masih bertimbun untuk diselesaikan. Tertekan namun apakan daya kerana ia harus dilakukan secepat mungkin. Tinggal tiga hari sahaja masa yang diberi oleh Encik Rahmat untuk menghabiskan kesemuanya. Sebentar tadi, dia sempat menjeling ke meja Ainun, Mira, Rahim dan Fadhil. Masing-masing laju menekan papan kekunci seperti dirinya.
     Sebagai seorang arkitek berpengalaman, syarikat memberi sepenuh kepercayaan pada Hazifah untuk menyelesaikan banyak perkara. Oleh sebab itulah dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, Hazifah cepat benar dinaikkan pangkat. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kerjanya sering tertangguh kerana terpaksa berulang-alik ke kampung menjenguk ibu yang semakin uzur. Sedang asyik membuat perkiraan, bahunya terasa ditepuk dari belakang.
     "Ish, kau rupanya Ainun. Buat terkejut sahaja. Kenapa tak beri salam? Sudah lupa ke?" sindir Hazifah dengan wajah mencuka.
     "Maaflah. Aku bergurau sahaja tadi. Dari jauh aku nampak kau khusyuk sangat bekerja sedangkan aku pula terlalu mengantuk. Sebab itulah aku datang, hendak ajak kau berbual-bual sekejap," ujar Ainun berbasa-basi.
     "Aku sibuklah Ainun. Kerja masih banyak yang belum siap. Tiga hari lagi Encik Rahmat minta semua fail ini ada di atas mejanya. Macam tak cukup kaki tangan aku bekerja," getus Hazifah sambil membetulkan ejaan yang salah di skrin komputer.
     "Kalau begitu, aku baliklah dahulu. Duduk lama-lama pun buat mengantuk sahaja. Ada orang pun macam tak ada orang," rajuk Ainun dan terus berlalu.
     Hazifah masih tekun bekerja. Tidak sedikit pun dia menyesal memperlakukan Ainun sebegitu rupa. Baginya, itu perkara biasa malah dalam tempoh sehari dua, hilanglah marahnya. Setengah jam kemudian, terdengar suara yang cukup dikenali menyapa ke telinganya. Seperti yang diduga, Ainun berada di belakang kerusinya.
     Ainun mendiamkan diri. Di tangannya terjinjing beg plastik berisi makanan bersama dua bungkus teh tarik. Sebungkus diberikan kepada Hazifah dan sebungkus lagi diambilnya.
     "Makanlah," pelawa Ainun dan terus berlalu ke mejanya.
     Hazifah membiarkan sahaja bungkusan makanan di atas mejanya. Barulah dia tahu rupa-rupanya tadi Ainun hanya menggertak untuk balik. Sambil tersenyum, bungkusan berisi mi goreng yang menjadi kegemarannya dimakan sampai habis.
     Selepas kekenyangan, ingin sahaja Hazifah pulang ke rumah, namun sebaik teringatkan 'janjinya' pada Encik Rahmat, keinginan tersebut terpaksalah dilenyapkan.
     Waktu berehat 10 minit sudah berlalu. Selepas menarik nafas yang panjang, Hazifah meneruskan semula kerja-kerjanya yang tertangguh. Tidak lama kemudian matanya terganggu dek cahaya yang dipancarkan oleh mesin fotostat. Pelik. Tiada siapa di situ jadi bagaimana pula mesin boleh 'hidup' sendiri.
     Kejadian yang berlaku membuatkan hatinya sedikit berdebar namun digagahkan juga apabila wajah Encik Rahmat terbayang di ruang mata.
     Kerja yang terbiar diteruskan semula walau perasaannya mula berkecamuk. Berbelah bahagi untuk terus di pejabat atau pulang sahaja ke rumah. Sedang cuba menyedapkan hati, dia dikejutkan pula dengan kerusi kerja Fadhil yang tiba-tiba bergerak di hadapan matanya seperti ada yang menolak dari belakang. Peluh dingin mula membasahi. Nama Ainun dipanggil berkali-kali namun tiada sahutan. Ketika itu juga, telefonnya berdering minta dijawab.
     "Hello Ifah. Kau masih di pejabat ke? Gigih sungguh. Pukul berapa hendak balik ni?" soal Ainun dengan nada bergurau.
     "Aku di pejabatlah, kau di mana? Banyak kali aku panggil nama kau tadi, kenapa tidak dijawab?"
     "Hei, kau mimpi ke ni? Kan aku dah balik awal-awal tadi sebab kau tak layan aku berborak. Dah lupa?"
     Sebaik mendengar jawapan Ainun, kaki Hazifah mula terketar-ketar. Badannya kini bermandikan peluh. Kepalanya berserabut memikirkan siapa pula yang berikan makanan dan minuman kepadanya tadi jika bukan Ainun. Serta merta, terdengar satu suara di belakangnya menjawab "Sayalah!!"
     Hazifah memberanikan diri memalingkan wajahnya untuk melihat pemilik suara yang menyahut tadi.
Kelihatan satu lembaga putih dengan mata kemerahan menyeringai ke arahnya. Serta merta, kepalanya pusing dan terus tidak sedarkan diri apabila rambut tetamu tidak di undang itu 'mencium' kasar wajahnya yang pucat lesi.
     Sejak hari itu, Hazifah tidak lagi bekerja lewat malam kerana bimbang sekiranya pisang berbuah dua kali.

Wednesday, March 12, 2014

Lembaga Bergayut Di Kaki Anak

     Seperti biasa setiap petang Suria akan membawa anak-anaknya bermain-main di taman permainan berdekatan dengan rumah mereka. Suria sekeluarga baru sebulan berpindah ke situ kerana mengikuti suaminya yang bekerja di kawasan berhampiran.
     Kawasan perumahan itu, di kelilingi hutan dan bukit bukau. Udaranya masih segar dan hutan yang ada di sekeliling memang menggamit kedamaian. Walaupun berdekatan dengan bandar, namun kawasan elit memang sengaja dibina dengan ciri-ciri alam semula jadinya. Bunyi unggas yang mengasyikkan menggantikan hiruk pikuk kenderaan yang lalu lalang.
     Suria seorang suri rumah manakala suaminya seorang yang berjawatan tinggi dalam syarikat. Rumah yang didudukinya itu juga adalah pemberian syarikat. Prasarana yang ada di kawasan perumahan elit itu semuanya ada seperti taman permainan kanak-kanak, gimnasium, gelanggang tenis serta kolam renang. Namun tempat yang paling disukai oleh anak-anak Suria sudah tentunya di taman permainan yang terletak betul-betul di tepi hutan. Sungguhpun begitu, tempat itu selamat kerana ada pagar tinggi yang memisahkan antara kawasan perumahan dan hutan.
     Suria juga bersyukur kerana jiran tetangganya adalah sebangsa dan seagama dengannya. Ketika mula-mula berkenalan, jirannya ada menasihati supaya tidak terlalu lama bermain di taman permainan kerana kawasan itu agak 'keras'. Namun bagi Suria masing-masing ada kepercayaannya sendiri. Dia bukanlah tidak mempercayai hal-hal mistik ini tetapi disebabkan dia anak kota, agak sukar dia menerima hal tersebut. Baginya, selagi dia tidak menggangu hal orang lain, dia juga berharap sebaliknya.

Berjalan terhincut-hincut

     Satu hari, seperti biasa dia membawa anak-anaknya bermain di taman permainan. Sambil melihat anaknya bermain, dia mengambil kesempatan untuk bersenam. Dia lengkap berpakaian senaman dan berlari-lari anak di sekeliling taman. Matanya tidak pernah leka daripada mengawasi anak-anaknya.
     Oleh kerana terlalu asyik dan anak-anaknya pula masih belum puas bermain, mereka anak beranak berada di situ hingga senja. Ketika salah seorang anaknya sedang leka bermain, tiba-tiba anaknya itu menjerit. Anaknya itu mengalami luka kecil di lutut gara-gara terjatuh dari buaian. Apabila ditanya bagaimana dia boleh jatuh, anaknya itu mendakwa ada seorang budak kecil tidak dikenali menolaknya. Hairannya ketika itu hanya mereka empat beranak ada di situ.
     Memandangkan hari sudah hampir Maghrib, Suria membawa anaknya itu pulang. Sampai di rumah, anaknya yang jatuh itu kelihatan pucat. Sebentar kemudian, suami Suria tiba di rumah lalu diadukan tentang hal itu. Anaknya makin pucat dan seakan-akan ketakutan. Dia selalu menuding jarinya ke arah luar ke taman permainan.
     Ketika itu, Suria teringatkan kata-kata jirannya tentang taman permainan tersebut. Dia lantas ke rumah sebelah dan menceritakan apa yang telah terjadi. Jirannya itu mencadangkan supaya membawa anaknya itu berjumpa dengan Wak Semat yang tinggal di perumahan sebelah. Dia yang juga seorang tukang urut arif tentang hal-hal mistik. Tambah jirannya itu lagi, anak bongsunya pernah mengalami kejadian yang sama dan setelah berubat dengan orang yang sama anaknya terus beransur pulih.
   
     Malam itu juga Suria, suami dan jirannya itu pergi ke rumah Wak Semat. Setelah diberitahu tujuan kedatangan mereka, Wak Semat mula mengasap kemenyan. Menurut Wak Semat, anak Suria telah diganggu oleh lembaga yang menghuni di kawasan hutan berhampiran. Malah, lembaga tersebut juga mengikut pulang ke rumah dengan bergayut di kaki anaknya. Patutlah ketika pulang ke rumah, Suria melihat anaknya itu jalan terhincut-hincut. Sangkaan Suria, disebabkan lututnya yang cedera, anaknya berjalan sebegitu rupa.
     Setelah diubati dan diberi air penawar, lama-kelamaan anak Suria kembali pulih dan kakinya sudah tidak sakit lagi. Dia juga tidak lagi meracau. Sejak kejadian itu, Suria tidak berani lagi membawa anak-anak bermain di taman permainan tersebut. Malah, sejak kejadian itu, Suria mula mempercayai hal-hal mistik. Dia sedar, selain manusia, ada lagi makhluk-makhluk Allah yang tinggal di bumi yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia.

Wednesday, March 5, 2014

Cahaya Putih Muncul Di Hujung Kaki Arwah Atuk

     Hari Khamis, malam Jumaat, ruang tamu rumah atuk sudah dipenuhi saudara mara dan jiran tetangga. Saya yang baru tiba dari Kuala Lumpur terus melangkah masuk ke dalam rumah.
     Di dalam, suara orang ramai mengalunkan surah Yasin, bergema di setiap penjuru rumah. Sambil itu, ada yang menangis dan ada yang bermuka muram. Semuanya sedang bersedih meratapi pemergian atuk.
     Di atas katil yang diletakkan di ruang tamu, kelihatan kain putih nipis melitupi jenazah atuk yang sedang terbaring kaku. Atuk meninggal pada pukul 8.33 malam itu, ketika berusia 83 tahun. Atuk meninggal akibat komplikasi jantung.
     Sebelum itu, ketika mak menghubungi saya memberitahu, atuk meninggal dalam keadaan yang sangat tenang dan mudah. Atuk meninggal di atas pangkuannya sebaik saja selesai azan Isyak di masjid berdekatan.
     Sebenarnya, sebelah petangnya itu, atuk baru saja di bawa pulang ke rumah dari hospital. Melihat keadaan atuk semakin tenat, doktor mengesyorkan atuk dibawa balik saja. Dan sebelah malamnya, atuk meninggal dunia.
     Tanpa berlengah, saya hampiri jenazah atuk. Di sebelah arwah, mak sedang membaca surah Yasin. Kemudian, kain yang melitupi muka atuk saya selak perlahan-lahan.
     Sebaik muka atuk terpampang, saya tergamam. Saya juga hampir melompat. Ibu yang duduk di sisi atuk mencebik muka dengan sikap saya.
     Waktu itu, secara spontan terlintas perkataan yang agak kurang ajar dalam hati saya. "Ini ketua penyamun bujang lapuk. Tapi mati dalam iman," kata hati saya.
     Perkataan begitu terlintas dalam hati dan saya terkejut bukan sebab takut tengok wajah arwah. Bukan juga saya nak kata arwah ni jahat semasa hayatnya.
     Tapi sebab saya pelik. Sebagai cucu, saya kenal sangat dengan arwah. Atuk saya ini, wajahnya garang dan bengis. Mukanya sentiasa serius. Maklumla bekas sarjan tentera. Kalau nak tengok muka atuk tersenyum atau ketawa memang susah.
     Tapi, malam itu wajah atuk berlainan benar. Wajah atuk begitu tenang. Muka atuk berseri-seri dan bersih. Di hujung bibir arwah ada rongga dan membuatkan arwah seolah-olah sedang tersenyum.
     Manis sangat! Rasanya itulah pertama kali saya lihat wajah atuk sebegitu rupa. Selepas itu, saya membongkok dan mencium dahi atuk untuk kali terakhir.
     Sebaik hidung mencecah dahi, sekali lagi saya terkejut. Bau wangi mencucuk hidung saya. Wanginya pula sukar nak saya gambarkan. Wangian itu datangnya dari jenazah atuk.
     Kemudian saya tanya pada mak, ada mandikan atau letak minyak wangi pada arwah? Tapi mak menafikannya. Kata mak, mereka tak buat apa-apa lagi pada arwah kecuali menukar baju selepas atuk meninggal dunia.
     Kalau begitu, bagaimana jasad atuk berbau wangi? Waktu itu, saya terfikir mungkin apa yang saya lihat dan rasakan ini adalah bahagian teristimewa untuk arwah atuk.
     Tambahan pula, atuk meninggal malam Jumaat. Saya pernah dengar ustaz bercerita, kalau seseorang meninggal dunia hari Jumaat seseorang itu akan terlepas dari seksaan kubur.
     Saya juga pernah terbaca satu hadis yang lebih kurang begini maksudnya: "Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur."
     Dan apa yang saya fikirkan itu mungkin ada benarnya. Sebab bukan saya saja yang lihat dan rasa keistimewaan itu. Begini, esoknya pada hari pengebumian di Kampung Baru Si Rusa, Negeri Sembilan, berlaku lagi kejadian yang saya kira sangat istimewa.
     Perkara ini bukan saya alami tapi individu lain. Selepas selesai pengebumian atuk, kami semua pulang ke rumah. Di rumah, seluruh keluarga berkumpul termasuk isteri kedua atuk iaitu nenek tiri saya, anak-anak serta cucunya.
     Ketika berkumpul itu, mak membuka cerita. Kata mak, ketika jenazah atuk hendak dikebumikan, dia rasakan sesuatu yang pelik.
     Waktu itu, mak bersama nenek tiri sedang berdiri paling hadapan, menghadap ke liang lahad. Saya pula berdiri di hujung liang lahad sebelah kaki.
     Sebaik jasad atuk diturunkan dan disambut tiga orang adiknya, mak dapat rasakan ada angin yang begitu sejuk dan nyaman bertiup dari dalam liang lahad.
     Mak terasa seolah-olah dia berada di dalam penghawa dingin. Mak perhatikan sekeliling, tengok ada tak pokok bergoyang. Tapi tak ada pula tanda-tanda angin bertiup.
     Lalu mak tanya pada ibu tiri, apa yang dia rasa itu. Rupanya bukan mak seorang saja, malah nenek tiri juga turut terasa ada angin sejuk bertiup dari dalam liang lahad arwah suaminya itu.
     Malah kebanyakan yang berdiri menghadap liang lahad boleh rasa angin sejuk tersebut. Mereka terasa begitu nyaman dan segar.
     Bila dengar cerita mak, terkejut juga saya dibuatnya. Bagaimana boleh ada angin dari dalam lubang kubur? Lainlah kalau ketika itu kita berada di kawasan terbuka atau lapang. Ini tidak, angin keluar dari lubang kubur. Kubur atuk seolah-olah didinginkan.
     Selepas mak cerita pengalamannya, nenek tiri beritahu dia juga ada lihat perkara aneh ketika jenazah atuk hendak di kebumikan. Ketika jenazah atuk dalam liang lahad dan anak-anak tirinya sedang membetulkan kedudukan arwah, nenek terpandang satu cahaya putih terang. Bila nenek perhatikan, rupa-rupanya cahaya itu datang dari kaki jenazah atuk yang sedang berbungkus itu. Cahaya itu terang, bersinar-sinar dan berwarna putih.
     Apakah cahaya yang nenek lihat itu, tidak pula nenek tahu. Dan cahaya itu juga hanya nenek tiri seorang saja yang ternampak.
     Sebenarnya, semasa jenazah atuk di masukkan, masih ada ruang hampir setengah kaki di bahagian hujung kepala dan kaki arwah. Semua orang boleh melihatnya. Sebagai orang kampung di situ, saya kenal penggali kubur tersebut. Saya tahu bagaimana kerjanya menggali kubur. Kerjanya memang kemas. Jarang dia buat silap. Ukuran jenazah dengan lubang kubur biasanya elok-elok saja. Tak pernah terkurang atau terlebih. Tapi hari itu, kubur atuk begitu luas.
     Jadi bagi saya, setelah mendengar pelbagai cerita dan melihat sendiri pelbagai kejadian pelik tentang atuk, saya berasa ini mungkin anugerah Allah untuk arwah. Tapi bagaimana atuk boleh dapat keistimewaan begini?
     Bila difikir-fikirkan baru saya sedar. Bukan niat hendak memuji atuk sendiri, tapi inilah hakikatnya. Atuk memang baik dengan kami sebagai anak yatim.
     Selepas ayah saya meninggal pada tahun 1984, atuklah tempat kami bergantung nasib. Arwah begitu ambil berat tentang kami sekeluarga. Setiap hari arwah datang bertanya khabar, hantar makanan dan bagi duit belanja. Atuk langsung tak berkira soal duit dan kebajikan kami.
     Setiap hari, selepas Subuh pula, arwah akan datang ambil mak di rumah sebelum menghantar ke warung tempat berniaga. Waktu balik arwah akan datang jemput. Begitulah sikap arwah atuk sampailah beliau meninggal dunia.
     Adik bongsu saya juga mendapat kasih sayang dari arwah. Sebab ketika ayah meninggal, adik baru berusia enam bulan. Atuklah ganti arwah ayah tempat adik bermanja dan berkasih. Secara tidak langsung arwah membela kami empat beradik anak yatim.
     Kalau hendak bercerita kasih arwah pada anak-anak yatim memang banyak. Contohnya, selepas bercerai dengan isteri pertama, arwah berkahwin dengan janda anak tujuh. Kalau ikutkan logik, lelaki kalau nak kahwin lain mestilah cari isteri muda atau cantik. Tapi arwah atuk tidak begitu. Arwah pilih berkahwin dengan janda anak tujuh. Atuk buat begitu sebab hendak bela dan jaga anak-anak janda itu. Malah selepas bercerai dengan isteri pertama, arwah tak pernah abaikan nafkah dan tanggungjawab pada anak dan isteri walaupun mereka sudah besar dan berkeluarga.
     Kalau bab didikan agama pula arwah memang tegas. Pernah adik mak saya ditendangnya sebab enggan bangun solat Subuh.
     Lagipun saya pernah terbaca hadis Rasulullah yang lebih kurang begini maksudnya: "Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah s.w.t akan memasukkan ke dalam syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak boleh diampunkan."
     Mungkin atas sebab-sebab itulah, arwah atuk mendapat keistimewaan sebagaimana yang telah saya saksikan itu. Akhir sekali, tujuan saya bercerita kisah ini bukanlah untuk berbangga atau memuji atuk sendiri, tapi sekadar sebagai iktibar dan berkongsi pengalaman, agar kita dapat memperbaiki diri masing-masing. Wallahuaklam.

     Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah s.w.t, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Hadis Riwayat Ahmad)


   *Ruzaidi Ariffin Rosdi & Mastika

Thursday, February 27, 2014

Kisah Seorang Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.
“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.
“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? “Panggil ibunya segera,” kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.” “Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu in syaa Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal. ”Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.” “Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.
Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.

Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.
Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.

Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.

Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, in shaa Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.
Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.
Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.

Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul, tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. “Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.” “Apa masalahnya itu?” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.” Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, in shaa Allah, tak berlubang lagi,” kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.
“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.

LinkWithin

LinkWithin