- Kafein adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam lebih 60 tumbuhan berlainan & digunakan oleh 2/3 daripada penduduk dunia.
- Bahan ini mampu meningkatkan paras tenaga, yang mana mengoptimumkan persembahan atletik, kapasiti otot & daya ketahanan. Fakta ini membolehkan anda melakukan senaman lebih efektif untuk jangka masa panjang.
- Kafein mengerah otot menggunakan simpanan lemak dalam badan seperti kereta yang memerlukan petrol. Cara ia memecahkan lemak adalah dengan meningkatkan metabolisme badan.
- Satu lagi fakta yang diketahui adalah individu yang mengambil kafein bekerja lebih baik berbanding yang tidak.
- Kafein meningkatkan paras dopamine dalam otak, menjadikan anda berasa sihat secara optimum.
- Kafein menghasilkan stimulasi pada otak & bahagian lain yang lebih penting dalam sistem saraf.
- Ia juga mengandungi anti oksidan yang membantu memperbaiki sel rosak disebabkan sinar UV yang berbahaya.
- Kafein juga dipercayai berkesan mengurangkan sesetengah penyakit kritikal seperti Alzheimer, Parkinson, jantung, diabetes melitus tahap 2, sirosis hati & gout.
- Kelebihan kafein menentang masalah dihydrotesteron (DHT) yang merosakkan akar rambut sudah terbukti.
- Kafein juga meningkatkan kesihatan & kelajuan sperma lelaki.
* Sumber: Mingguan 13/1/2013 & www.setiakombinasi.com
No comments:
Post a Comment