Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

Papan Tanda Tandas Yang Patut Ada

Pernah masuk tandas awam? Mesti korang biasa baca papan tanda peringatan seperti ‘SILA TUTUP AIR’, ‘SILA JAGA KEBERSIHAN TANDAS’ dan lain-lain lagi tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ramai yang tak endahkan papan-papan tanda yang telah sedia ada. Apa kata buat papan tanda yang lain power sikit.

Sila tarik pam selepas guna. Sila tarik ye, bukan menjahanamkannya.
Tau la korang dulu budak seni, tak payah la nak conteng tandas ni.
Pintu bilik air ini bukan buku panduan telefon. Jangan memandai nak tulis nombor telefon di sini.
Makan pandai, buang tak pandai? Sila nyatakan di mana anda sekolah dulu.
CCTV dipasang di tandas ini. Sila jaga kelakuan anda.
Jangan menggatal nak masuk tandas lain jantina ye.
Sila tutup air selepas guna. Bukan tutup mata bila nampak air tak tutup.
Tolong jangan sepah-sepahkan bahan buangan anda di sini. Banyak lagi kerja yang kami kena buat.
Bayar 20 sen nak tandas mewah. Gila ke?
Ini tandas AWAM bukan tandas AWAK. Sila jangan buat sesuka hati awak.


Saturday, March 29, 2014

Korang Memang Tak Patut Kalau…

1.Bercita-cita nak buat amal jariah bila korang kaya satu hari nanti. Tapi bila dah kaya jangan kata nak buat amal jariah, nak antar duit belanja kat kampung pun haram tak pernah.

2.Komplen dan kondem apa yang orang lain buat. Itu tak kena, ini tak kena… pendek kata ada je yang tak kena. Tapi bila suruh bagi cadangan atau pandangan, korang buat derk je.

3.Bercinta bagai nak rak macam filem Titanic tiga empat tahun tapi korang langsung tak berniat nak kahwin dengan girlfriend korang.

4.Solat berjemaah time hari Jumaat je sedangkan hari-hari lain jangan kata jemaah, sorang-sorang pun belum tentu korang buat.

5.Dari pagi duduk berkumpul dengan member-member opis; sembang-sembang kosong sampai ke petang. Keja yang bos bagi satu pun korang tak siapkan.

6.Carik member lama time korang ada masalah je (terutama masalah duit). Tapi bila masalah korang dah setel, payah gila nak nampak batang hidung.


Friday, March 21, 2014

Tip Nak Cover Malu


Bayangkan kalau korang tengah berjalan-jalan, tiba-tiba terjadi sesuatu yang memalukan korang. Apa nak buat? Daripada dapat malu nanti, apa kata korang try tip di bawah ni. Itu pun kalau berani la...

Kalau tersepak batu dan terjatuh

  • Jangan bangun. Nanti orang tau korang tersepak batu. Terus je guling-guling atas jalan sambil nyanyi lagu Hindustan. Tak pun, lepas berguling tu, terus bangun sambil memuji, 'Hebat baju saya, tak kotor langsung'.
Kalau jatuh basikal
  • Spontan korang angkat basikal tu bawak berlari, pastu naik lagi. Kemudian, buat-buat jatuh lagi dan begitu seterusnya. Gerenti orang kata korang tengah buat exercise. Tak pun, korang terus campak basikal tu dalam longkang sambil cakap 'Ini basikal low class. Gua nak beli basikal sport lepas ni'. Mesti orang kagum.
Kalau jatuh tangga
  • Terus bangun dan buka pencak silat. Tak pun, kung fu pun boleh. Sambil tu tangan dok bagi aura sambil baca ayat ikut korang suka. Mesti orang ingat korang tengah lawan dengan makhluk halus. Kalau tak pandai gak, buat-buatlah histeria macam kena rasuk. Abis citer.
Kalau jatuh dalam longkang
  • Berlakon la tengah kutip sampah dalam longkang tu. Sambil tu, kuatkan suara maki-hamun orang yang suka buang sampah tu. Kononnya korang prihatin dengan kebersihan awam ni. Mesti yang tengok rasa bangga dengan korang.
Kalau terjatuh masa hendak naik bas
  • Jerit kuat-kuat, 'Oi, apa tolak-tolak ni!' Tak kisahlah walaupun tak ada orang kat belakang korang pon.
Kalau terjatuh depan bus stop
  • Buat-buat pitam, pengsan terus. Kalau ada orang, boleh dia tolong sebab ingat korang sakit. Kalau tak ada orang, bangun sendiri je lah!
Kalau tergelincir kat lantai yang licin
  • Tarik sesiapa yang ada dekat dengan korang supaya jatuh sekali. Kuranglah rasa malu sikit. Kalau tak, buat-buat menari breakdance kat atas lantai tu. Mesti ramai yang bersorak ingat korang tengah buat show percuma.
*Ha, macam mana? Berani tak korang nak ikut tip di atas tadi? Tak berani? Okey, alih lah ke page lain...

Wednesday, February 26, 2014

Ketua Gangster & Si Bisu

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Lalu ketua gangster mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut.

Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperoleh RM50 ribu. Bagaimanapun, si bisu telah menyembunyikan wang tersebut di suatu lokasi rahsia.

Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi. Lalu ketua gangster berjumpa seorang pakar bahasa isyarat.

Ketua Gangster: "Mana wang tu?"

Pakar menunjukkan isyarat tangan kepada si bisu. Si bisu menunjukkan isyarat: "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." Lalu pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut jawapan si bisu. Ketua gangster lantas menghalakan pistolnya ke arah kepala si bisu.

Ketua Gangster: "Aku akan tembak kepala kau bisu! Jawab mana wang tu!"

Si bisu menunjukkan isyarat: "Duit RM50 ribu itu aku telah sembunyikan di sebuah taman permainan, di bawah kerusi yang ketiga dari arah pintu masuk!"

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster: "Si bisu tak tahu wang tu ada di mana. Kalau engkau nak tembak, tembaklah.. dia tak kisah!"

Tuesday, January 28, 2014

Korang macam takde perasaan bile...

- Makanan yang korang makan tu dari masakan gulai sampailah ke menu tambahan seperti telur goreng, sayur goreng masin yang amat sangat tapi korang boleh makan sampai licin. Paling ngeri bila korang mintak nasik tambah.

- Tengah mancing.. ikan makan umpan dan korang menarik ikan tu tanpa rasa berdebar, menggeletar.. sebaliknya biasa je macam beli ikan kat pasar je.


- Buang air tepi jalan yang orang tengah lalu lalang kemudian ade pulak yang membunyikan hon kat korang tapi korang boleh toleh sambil angkat tangan lagi macam takde buat ape-ape kesalahan pun.



- Orang mintak sedekah sedikit makanan yang korang tengah makan kerana sangat lapar tapi korang pulak cakap korang pun lapar dan terus habiskan makanan di depannya.

- Awek yang duduk kat stesen bas sebelah korang tu punyala cun melecun gila yang sepatutnye korang tekel tapi makcik rugged yang dah ada anak korang dok usha.

- Makcik tua yang sama tren dengan korang sekejap mencangkung, sekejap berdiri sebab dah tak larat tapi korang pulak yang sedang duduk sambil berheadfone tak teringin nak mengoffer tempat duduk padanya. Harap muda bertenaga tapi akhlak hampeh!

LinkWithin

LinkWithin