Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul



Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

kredit: Legacy Secret Trading

Wednesday, April 2, 2014

10 Perkara Yang Merosakkan Otak.


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.


3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.


4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.


6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.


7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.


8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.


9. Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan member banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.


Tuesday, April 1, 2014

Cara atasi masalah berdengkur


Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.


Turunkan Berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan berkemungkinan menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.


Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.


Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.


Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.


Guna ‘Breathe Right’
Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.


Note: Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.

Thursday, December 26, 2013

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki


1. MENINGGIKAN SUARA
  • Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
  • Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA ‘CUCI MATA’
  • Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
  • Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?


5. EGO
  • Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
  • Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
  • Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
  • Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
  • Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
  • Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang! 


11. MATA DUITAN
  • Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
  • Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


13. PANAS BARAN
  • Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
  • Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
  • Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
  • Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar? 

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
  • Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
  • Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda. 

19. PUTAR BELIT
  • Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

  • Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.

Thursday, December 5, 2013

Panduan Untuk Usahawan Bisnes Kecil-Kecilan

     


     Semua usahawan yang telah berjaya dan mencipta nama bermula dengan bisnes kecil-kecilan. Daripada perniagaan kecil inilah anda akan mempelajari banyak perkara tentang bisnes. Jadi janganlah berasa rendah diri jika anda baru berjinak-jinak berniaga tudung melalui online mahu pun berjualan di pasar malam.

     Biar pun sekadar terbabit dengan bisnes kecil namun untuk ia berjaya anda perlukan persediaan ilmu. Minggu ini untuk anda yang baru belajar berniaga, ada panduan untuk anda.

1.    Bersedia untuk gagal.

·        Bukanlah mendoakan ataupun mengharapkan perniagaan yang bakal dibina itu menempuh kegagalan tapi satu peringatan kepada diri bahawa untuk berjaya sebagai peniaga bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila anda bersedia gagal sebenarnya anda sedang menolak kegagalan itu daripada berlaku. Tetapi apabila anda melupakan bahawa dalam perniagaan kegagalan itu sangat hampir, anda sebenarnya sedang menuju ke arah kegagalan itu sendiri. Maksud tersirat bersedia untuk gagal sebagai motivasi dan peringatan kepada diri bahawa kegagalan tidak boleh berlaku dalam perjalanan perniagaan anda.



    2.   Merancang dengan baik.

·        Anda harus ingat bahawa pelan perniagaan adalah asas bagi permulaan perniagaan. Ia perlu termasuk dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Pelan perniagaan itu harus ada untuk memudahkan anda melihat sejauh mana pencapaian yang perlu dicapai dan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan perniagaan anda beralih ke setapak lagi kemajuan. Jika tiada pelan perniagaan maka tidak mustahil perniagaan anda akan berada dalam skala sama untuk beberapa tahun tanpa ada kemajuan dan sebagainya. Sebenarnya, sebuah pelan perniagaan akan mempengaruhi pengusaha atau pemilik perniagaan untuk berfikir tentang keseluruhan operasi dan mencapai kata sepakat mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan itu.

    3.   Bajet tidak mencukupi.

·        Ini antara masalah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Masalah bajet sentiasa menjadi kekangan untuk bergerak dengan lebih jauh dan pantas. Tetapi ia boleh diatasi dengan cara berbelanja mengikut kemampuan syarikat. Mungkin apa-apa yang tidak diperlukan lagi oleh perniagaan itu, anda tidak perlu membelinya terlebih dahulu. Berikan perhatian kepada perkara yang lebih penting contohnya bajet untuk bahan mentah, tenaga pekerja dan sedikit untuk tujuan promosi dan pemasaran.

    4.   Pentingnya iklan.

·        Pelbagai cara telah anda lakukan tetapi tahap jualan masih belum meningkat. Anda juga telah menawarkan harga berpatutan tetapi jualan masih pada tahap biasa. Tidak tahu di mana silapnya. Hanya satu perkara yang boleh membantu anda iaitu iklan. Iklan adalah cara terbaik untuk menguar-uarkan perniagaan anda dan memberitahu pasaran mengenai produk yang anda miliki. Percaya atau tidak, untuk tujuan iklan anda perlu memperuntukkan sedikit wang. Ia berbaloi kerana selepas semua orang tahu mengenai perniagaan anda tidak mustahil hasil jualan akan meningkat mendadak. Jika anda tidak tahu mengenai iklan dan pemasaran, elok bertanya ataupun mengupah mereka yang tahu mengenainya untuk melakukan bagi pihak anda.


    5.   Sabar.

Faktor utama untuk mewujudkan sesuatu aura positif dan seterusnya mencapai kejayaan ialah kesabaran. Bersabarlah dan jangan terburu-buru untuk berjaya. Dengan nilai-nilai yang tepat kejayaan pasti diperoleh. Bersabar dengan setiap ujian dan cabaran yang diberikan pasti akan membuahkan kejayaan. Di samping itu, sikap sabar juga menjadikan anda seorang yang tenang dalam menghadapi apa-apa sahaja perkara mendatang. Sama ada perkara baik ataupun sebaliknya. Selain itu sabarlah untuk meneruskan perniagaan kecil-kecilan. Mana tahu satu hari nanti ia akan menjadi sebuah perniagaan berskala besar.

Friday, August 23, 2013

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan



Aktiviti memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal dan sebagainya termasuklah helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan yang memakan masa dalam 15 minit. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga dan memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

4 negara yang telah menegah pemanasan enjin:
  •   Jepun
  •  United Kingdom
  • Amerika Syarikat
  • Kanada

·        Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar,  pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan  Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan tidak bergerak melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy  Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya.

Les Ryder, seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat berkata, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85 - 90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan tidak bergerak adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin.

KEBURUKAN

DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan idle dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahan api tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan idle maka bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan idle, komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja.

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Kereta perlu digerakkan untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju.

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak..


Wednesday, October 31, 2012

New Look of Kristall Liquid Screen Protector





   Ini adalah pack baru Kristall Liquid Screen Protector. Lebih mesra pengguna berbanding pack sebelum ni yang tak jadi kerja kalau tak ade gunting. Ingin dapatkan produk ini anda bole hubungi 012-6304929 (kufaz).. Untuk dapatkan info lanjut anda bole tengok di link ini : http://www.facebook.com/KedaiGadgetKufazrina?ref=hl






Wednesday, October 24, 2012

Kristall Liquid Screen Protector


   Aku & suami sekarang sedang menjalankan perniagaan Kristall liquid screen protector seperti gambar diatas. Selalunye kita hanya gunakan plastik untuk protect screen smartphone kita tapi kini dengan menggunakan teknologi dari Jepun ni smartphone kita akan sentiasa berkilat. Kita hanya perlu lap je untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Dibawah ni adalah faedah yang kita bole dapat dengan menggunakan Kristall Liquid Screen Protector:

BENEFITS & FEATURES:


* Easy to apply and suitable for DIY application

* Protection against abrasion and scratches
* An invisible but glossy finish
* Reduces finger marks and smudges
* Improves clarity and brilliance
* Resistant to both acid and alkaline
* Dirt repellent surface
* Preserves touch screen sensitivity
* 1 Year durability

   
   Kami sekarang mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi agen jualan screen protector ni.. Tapi pada sesiapa yang ingin membeli untuk kegunaan sendiri pon takde masalah.. Korang boleh tinggalkan komen korang kat sini ;) .. Owh ye kat bawah ni ade link untuk korang lebih memahami mengenai produk ni..
  1. Ni link fb page kami http://www.facebook.com/KedaiGadgetKufazrina?ref=hl
  2. Ni pulak video produk di youtube 

* Korang bole je taip penuh Kristall Liquid Screen Protector ni kat dalam youtube. Banyaklah video mengenai produk ni yang korang bole tengok ;) 

Tuesday, October 23, 2012

SAM

   
   Siapa yang sudah menyaksikan filem SAM arahan pengarah termuda Malaysia Syafiq Yusof? Pada sesiapa yang belum tengok lagi cerita ni pergi la tengok..best wooooo!!! Ni ade sedikit sinopsis mengenai cerita ni..


   Filem SAM ialah sebuah cerita psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki yang bercinta dengan Lisa (Lisa Surihani) & ingin berkahwin dengan gadis pilihan hatinya itu. Sam mengenali Lisa ketika bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya ramai lelaki di ofis tersebut turut menaruh perasaan pada Lisa. Ini termasuklah Haikal (Azad Jazmin), lelaki psiko yang selalu mengganggu Lisa  & Jefri (Syamsul Yusof), ex-boyfriend Lisa yang juga pembantu Sam. Oleh kerana Haikal selalu mengganggu Lisa akhirnya terjadilah konflik pergaduhan antara Sam & Haikal. Kemuncaknya Haikal menculik Lisa & Sam untuk membalas dendam kerana cinta tidak berbalas.

   Cerita ni keluar 19/8/2012..so by this time 23/10/2012 cerita tu dah takde kat panggung lagi jadi kalau korang berminat dengan cerita ni pergila beli cd ek.. Pada aku cerita ni lain daripada cerita melayu yang lain. Pada akhir cerita ni korang akan tau bahawa Sam mempunyai penyakit alter ego yang tak terlawan oleh Haikal yang mempunyai masalah mental juga. Kat bawah ni aku bagi sekali la trailer cerita ni..



LinkWithin

LinkWithin