Semua usahawan yang telah berjaya dan
mencipta nama bermula dengan bisnes kecil-kecilan. Daripada perniagaan kecil
inilah anda akan mempelajari banyak perkara tentang bisnes. Jadi janganlah
berasa rendah diri jika anda baru berjinak-jinak berniaga tudung melalui online
mahu pun berjualan di pasar malam.
Biar pun sekadar terbabit dengan bisnes kecil namun untuk ia
berjaya anda perlukan persediaan ilmu. Minggu ini untuk anda yang baru belajar
berniaga, ada panduan untuk anda.
1.
Bersedia untuk gagal.
·
Bukanlah
mendoakan ataupun mengharapkan perniagaan yang bakal dibina itu menempuh
kegagalan tapi satu peringatan kepada diri bahawa untuk berjaya sebagai peniaga
bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila anda bersedia gagal sebenarnya anda sedang
menolak kegagalan itu daripada berlaku. Tetapi apabila anda melupakan bahawa
dalam perniagaan kegagalan itu sangat hampir, anda sebenarnya sedang menuju ke
arah kegagalan itu sendiri. Maksud tersirat bersedia untuk gagal sebagai
motivasi dan peringatan kepada diri bahawa kegagalan tidak boleh berlaku dalam
perjalanan perniagaan anda.
2.
Merancang dengan
baik.
·
Anda
harus ingat bahawa pelan perniagaan adalah asas bagi permulaan perniagaan. Ia
perlu termasuk dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Pelan perniagaan itu
harus ada untuk memudahkan anda melihat sejauh mana pencapaian yang perlu
dicapai dan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan perniagaan anda beralih
ke setapak lagi kemajuan. Jika tiada pelan perniagaan maka tidak mustahil
perniagaan anda akan berada dalam skala sama untuk beberapa tahun tanpa ada
kemajuan dan sebagainya. Sebenarnya, sebuah pelan perniagaan akan mempengaruhi
pengusaha atau pemilik perniagaan untuk berfikir tentang keseluruhan operasi
dan mencapai kata sepakat mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan itu.
3.
Bajet tidak mencukupi.
·
Ini
antara masalah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Masalah bajet sentiasa menjadi kekangan untuk bergerak dengan lebih jauh dan
pantas. Tetapi ia boleh diatasi dengan cara berbelanja mengikut kemampuan
syarikat. Mungkin apa-apa yang tidak diperlukan lagi oleh perniagaan itu, anda
tidak perlu membelinya terlebih dahulu. Berikan perhatian kepada perkara yang
lebih penting contohnya bajet untuk bahan mentah, tenaga pekerja dan sedikit
untuk tujuan promosi dan pemasaran.
4.
Pentingnya iklan.
·
Pelbagai
cara telah anda lakukan tetapi tahap jualan masih belum meningkat. Anda juga
telah menawarkan harga berpatutan tetapi jualan masih pada tahap biasa. Tidak
tahu di mana silapnya. Hanya satu perkara yang boleh membantu anda iaitu iklan.
Iklan adalah cara terbaik untuk menguar-uarkan perniagaan anda dan memberitahu
pasaran mengenai produk yang anda miliki. Percaya atau tidak, untuk tujuan
iklan anda perlu memperuntukkan sedikit wang. Ia berbaloi kerana selepas semua
orang tahu mengenai perniagaan anda tidak mustahil hasil jualan akan meningkat
mendadak. Jika anda tidak tahu mengenai iklan dan pemasaran, elok bertanya
ataupun mengupah mereka yang tahu mengenainya untuk melakukan bagi pihak anda.
5.
Sabar.
No comments:
Post a Comment