Wednesday, February 26, 2014

Ketua Gangster & Si Bisu

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Lalu ketua gangster mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut.

Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperoleh RM50 ribu. Bagaimanapun, si bisu telah menyembunyikan wang tersebut di suatu lokasi rahsia.

Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi. Lalu ketua gangster berjumpa seorang pakar bahasa isyarat.

Ketua Gangster: "Mana wang tu?"

Pakar menunjukkan isyarat tangan kepada si bisu. Si bisu menunjukkan isyarat: "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." Lalu pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut jawapan si bisu. Ketua gangster lantas menghalakan pistolnya ke arah kepala si bisu.

Ketua Gangster: "Aku akan tembak kepala kau bisu! Jawab mana wang tu!"

Si bisu menunjukkan isyarat: "Duit RM50 ribu itu aku telah sembunyikan di sebuah taman permainan, di bawah kerusi yang ketiga dari arah pintu masuk!"

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster: "Si bisu tak tahu wang tu ada di mana. Kalau engkau nak tembak, tembaklah.. dia tak kisah!"

Wednesday, February 12, 2014

Hiking: Bukit Tabur


     Pada 18 Januari 2014 yang lepas aku telah memulakan aktiviti outdoor pertama untuk tahun ini bersama dengan group Outdoor Buddies. Azam aku tahun ni supaya group ni bergerak aktif dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 aktiviti dalam masa sebulan. Setelah ditimbang-timbang, kami memilih Bukit Tabur sebagai pembuka acara untuk tahun 2014 ini walaupun beberapa hari sebelum tarikh pendakian kita digemparkan dengan berita pendaki yang mati terjatuh dalam gaung di sana. Kami teruskan juga kerana semangat yang berkobar-kobar.

     Ini adalah pengalaman aku kali kedua memanjat bukit ni. Tapi still rasa macam baru first time jugak sebab pengalaman yang first pun lebih kurang dah 3-4 tahun yang lepas jadi aku pun tak berapa nak ingat jalan. Masa kami sampai tu tak tau la kenapa takde 1 kereta pun yang parking berbeza dengan masa aku sampai dulu. Penuh sampai rasa menyesal parking kat dalam. Tapi tu semua tak mematahkan semangat kami. Pendakian tetap diteruskan walaupun cuaca nampak mendung je daripada pagi dan memang sampai penghujung hari aku dah turun bukit pun cuaca tetap mendung.

     Bagi kaki-kaki hiking, track di Bukit Tabur ni senang je. Kalau nak compare Broga & Tabur.. hmmmm Bukit Tabur lebih mencabar terutama bagi yang jarang-jarang buat aktiviti ni. Aku sendiri pun 2 hari jugakla menderita sakit kaki berdenyut-denyut. Pemandangan sepanjang pendakian boleh dilihat dalam video. Empangan tu la pemandangan paling cantik sepanjang track mendaki. Kami sampai kat kereta balik lebih kurang 6.30 petang. Memang kejar masa sebab kelengkapan tak cukup untuk turun bukit malam.

     Harap korang enjoy dengan video ni. Nantikan episod aktiviti luar kami yang lain.. BYEeeeee

Wednesday, February 5, 2014

Tip Kuatkan Ingatan, Minimumkan Lupa

 1. Jauhi dosa
Dosa boleh memberi kesan kepada  memori dan kemampuan akal untuk menyimpan maklumat. Dosa umpama kegelapan. Ia sukar untuk wujud bersama dengan cahaya ilmu.

Imam al-Syafi’I berkata:
“Aku telah mengadu kepada guruku mengenai ingatanku yang agak lemah.”

Beliau berkata:
“Ilmu itu daripada Allah dan umpama cahaya. Ia tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan dosa.”

Secara psikologinya, dosa yang dilakukan oleh manusia selalunya akan membelenggu perasaannya sehingga timbul rasa tidak tenteram, rasa bersalah dan ragu-ragu. Ini membuatkan seseorang itu sering memikirkan dosa-dosa yang dilakukannya. Keadaan ini menyebabkan ia hilang focus kepada banyak perkara termasuklah menuntut ilmu.

 2. Sentiasa menyebut nama Allah dan berzikir

Allah berfirman, maksudnya:

“Ingatlah serta sebutkan akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini’.”
(Surah al-Kahfi 18:24)

 3. Amalkan pemakanan secara sederhana
Makan dengan banyak boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk dan malas. Hal ini cenderung bagi seseorang menghabiskan banyak waktu untuk tidur dan mengurangkan daya fokusnya untuk menuntut ilmu. Para ulama terdahulu ada menyebut beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan. Antaranya:

  a)   Imam al-Zuhry berkata:
“Kalian sepatutnya selalu mengambil madu kerana ia sangat baik untuk daya  ingatan.”

 Katanya lagi:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis, hendaklah ia makan kismis.”

  b)  Mengurangkan atau mengelakkan makanan yang terlalu masam kerana asid dalam makanan yang masam boleh menyebabkan rasa malas dan lemah ingatan.

  c)   Elak daripada makan makanan segera, minuman bikarbonat, rokok dan bahan yang mengandungi Monosodium Glutamat (MSG).

LinkWithin

LinkWithin