Sabda
Rasulullah SAW :-
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 - 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak
apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka,
punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... ".
Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih
cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka. Kebanyakan anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak
rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia suka balik ke rumah dan
pergi sekolah pun seronok.
Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita
boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik
dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah
dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa
kepada mereka, inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka
mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun
kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan
anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan
anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa
kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.
Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya
kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat
jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita
perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah,
jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari
ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi
dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruhutamakan ibu dahulu.
Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih
sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu
juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran
kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib
mentaati dan menghormati golongan tua.
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak kita sendiri. Kita
sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Ada menantu
yang kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat
tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama
seperti ibu bapa kandung kita.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada
di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan
Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya
pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar
itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya,
bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu
diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walaupun
tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik
berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar
kepada yang lain.
Tips
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan
yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam
Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk
setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anakyang jarang
dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,
pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara
termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa ituterus berlalu dan
tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada
masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka
akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama
akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Mudah-mudahan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insya'Allah.
Wallahualam