Tuesday, October 16, 2012

Ahmad Adam Syukri

   Minggu lepas adikku telah meminta bantuan aku untuk menyebarkan berita mengenai adik Ahmad Adam Syukri. Siapakah beliau?? Aku pun buat la research mengenai adik ni.. Tekan je dekat google search tu Ahmad Adam Syukri banyak la entry mengenai beliau.. Aku akan buat rumusan sikit mengenai beliau..
  
 Ahmad Adam Syukri dilahirkan pada 4/3/12 menggunakan kaedah vakum. Sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat & kekurangan oksigen. Scan MRI pada 9/3/12 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakkan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur & bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Adam juga perlu bergantung pada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung & mulutnya. Mata kanan Adam mengalami kecederaan. Begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakkan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup & peluang untuk berjalan serta hidup seperti kanak2 normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakkan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
   Kalau dikira2 umur Adam lebih kurang baya anak adik aku iaitu 7bulan. Memang sebak kalau ikuti kisah adik ni. Tengok gambar2 dia pon dah menyayat hati. Beberapa hari ni juga aku telah berusaha menyebarkan berita mengenai Adam ni di merata tempat dalam alam maya ni seperti di fb wall aku sendiri, di coolfm home radio station, di page rakan2 blogger yang lain dan semestinya di blog suami aku sendiri thekufazukeshow.blogspot.com .. Kepada sesiapa yang ingin membantu dari segi kewangan ini adalah 

nombor akaun maybank: 161136331818 
nombor akaun cimb: 02040007292201
di bawah nama ibu Adam: Noraisah Mohamad Malena
alamat: Lot 432 Taman Susur Jambu, Jalan Jambu Selatan, 96100 Sarikei, Sarawak

   Bantulah mereka ini. Jika tidak mampu dari segi kewangan bantulah dengan berdoa agar dipermudahkan segala beban mereka. Hari ni hari mereka menerima ujian Allah. Mana tau esok lusa giliran kita pula menerima ujianNYA..
   Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan Adam boleh la like fb page yang akan di update oleh ibu Adam sendiri di http://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694 
dan anda juga boleh dapatkan info di youtube. Tengokla 1 contoh link youtube yang aku lihat dalam rancangan MHI ni..






1 comment:

LinkWithin

LinkWithin