Thursday, October 18, 2012

Ayam Masak Sambal

   Memasak memang aktiviti aku minggu ni. Bukannya aku tak masak hari lain tapi sebab minggu ni suami aku kerja petang so aku sorang jela masak2 kat dapur tu. Kalau tak masak kesian pulak kat suami dia tak makan lagi. So post aku minggu ni memang akan kebanyakannya pasal masak.
   Hari ni tak macam 2-3 hari lepas. Agak lebih kelam kabut sebab jalan jem teruk on the way nak balik tadi. Boleh plak tiang lampu jatuh & hadang seluruh jalan nak naik ke Ukay Perdana. Sesampai di rumah adik aku plak kelam kabut nak pegi klinik sebab anak dia demam..plus suami dia kena bisul plak. So what's the point aku nak kelam kabut masak?? takde kan..malah tetiba plak aku rasa malas nak masak tapi sebab fikir suami aku tak makan lagi hari ni so aku teruskan jugak la niat nak masak tu..cuma aku kurangkan lauk jela. Harap2 sedap la sebab aku pon tak makan lagi.. Tengah tunggu suami aku abis kerja..
  
 Menu malam ni ialah ayam goreng sambal..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin