1. Abaikan
tuan rumah dan tetamu lain.
Bergaul dan berbual mesralah
dengan tuan rumah serta tetamu lain. Jangan membawa diri kerana ia mencerminkan
sikap negatif.
2. Berbisik
dengan tetamu lain.
Ini adalah satu tingkah laku
kurang sopan kerana tidak hormati perbualan di antara tuan rumah atau
tetamu-tetamu lain yang hadir. Pada tanggapan tetamu lain yang hadir, anda
sedang bergosip walaupun sebenarnya anda menyampaikan sesuatu yang baik.
3. Mengkritik
atau memburukkan anak-anak tuan rumah.
Sebagai seorang ibu atau bapa,
anda pastinya akan berasa kecewa dan marah apabila anak-anak anda dikritik
tentang perangai atau perilaku oleh tetamu yang hadir di rumah anda. Sebaliknya
apabila anda sebagai seorang tetamu yang hadir di rumah seseorang, anda
perlulah menjaga sensitiviti dengan tidak menyentuh soal yang berkaitan dengan
hal-hal yang sememangnya negatif dari pandangan mata kasar anda terhadap
anak-anak tuan rumah.
4. Mengkritik
masakan.
Walaupun juadah yang dihidangkan
oleh tuan rumah kepada anda kurang enak untuk dinikmati, jangan sekali-kali
mengkritik masakan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Perbuatan ini memang
menyakiti hati tuan rumah.
5. Tergesa-gesa
meninggalkan rumah.
Setelah selesai menjamah juadah
yang telah disediakan oleh tuan rumah kepada anda, ambil masa untuk berbual
dengan tuan rumah berkenaan beberapa topik. Sebaiknya berikan sedikit pujian
tentang masakan yang telah dinikmati tersebut. Sikap tergesa-gesa untuk pulang
ini menggambarkan anda hanya dating untuk makan.
6. Bertanya
soalan sensitif.
Anda haruslah sentiasa mengetahui
tentang perkara-perkara yang tidak perlu untuk anda bertanyakan kepada tuan
rumah. Hormatilah sensitiviti tuan rumah anda dengan tidak bertanyakan soalan
di luar jangkaan atau tidak rasional untuk dijawab.
7. Tidak
mengucapkan terima kasih.
Terima kasih boleh dinyatakan
dalam pelbagai bentuk iaitu lisan, bertulis, atau beberapa hadiah kecilsemasa
ketibaan di rumah seseorang. Menyatakan terima kasih adalah penting bagi
memaparkan penghargaan kerana anda telah dilayan dengan baik oleh tuan rumah.
Setiap jemputan untuk menghadirkan diri ke rumah atau setelah selesai menjamah
juadah yang telah disediakan perlulah diselitkan dengan ucapan terima kasih.
Tidak ketinggalan juga apabila meninggalkan rumah seseorang. Ini menunjukkan
anda berasa gembira dan sangat berterima kasih dengan layanan yang telah
diberikan kepada anda.
Semestinya juga perkara di atas
boleh diadaptasikan didalam persekitaran pekerjaan. Contohnya apabila anda
datng ke premis seseorang anda juga perlu menjaga adab dan tutur kata. Selain
itu adab ini juga perlu diterapkan kepada anak-anak, rakan-rakan serta ahli
keluarga anda.
nice tips.
ReplyDeletekita kena jgk lah jaga hati tuan rumah kan? nnti tak pasal2 je terasa
betul tu Liza
ReplyDelete