Dalam usaha untuk menjadi “budak baik”, sudah pasti ada
sebahagian yang tidak suka. Siapakah antaranya? Ya, tidak lain tidak bukan;
syaitan! Jadi, serangan syaitan yang cemburu melihat manusia ingin konsisten
dengan kebaikan perlu dipatahkan. Bagaimana?
MISI
TUMPASKAN SYAITAN
1. Belajar
taktik dan tipu daya syaitan.
·
Sebelum syaitan menang dalam misi mengajak kepada
kejahatan, kita terlebih dahulu tumpaskan mereka. Syaitan tak pernah jemu
menggoda. Ditunjukkan yang jahat itu mudah dan nikmat. Yang baik itu berat,
sedangkan yang baik payahnya sebentar, nikmatnya kekal. Kadang-kadang digodanya
supaya dahulukan yang sunat, sehingga tertinggal yang wajib. Diserunya berbuat
kebaikan tetapi ditanam benih riyak, ujub dan pelbagai lagi. Pendek kata,
syaitan licik dan tidak pernah berputus asa. Ayuh! Kita belajar daripada
syaitan sikap tidak berputus asa. Tetapi tidak putus asa berbuat kebaikan!
2. Tidak
beri perhatian pada hasutan syaitan
·
Bayangkan yang syaitan ada di hadapan kita dan
berusaha memperdaya manusia. Bagaimana agaknya jika kita berjaya menumpaskan
godaannya? Pasti kita melompat kegembiraan apabila nampak syaitan dikalahkan
oleh kita. Ingat, gangguan syaitan hanya dalam bentuk bisikan. Langsung tidak
boleh mencederakan dan memaksa kita. Sekiranya tewas, sungguh kita lemah kerana
hanya tertewas dengan bisikan sahaja. Maka fokus pada amalan dan rasai
nikmatnya kemanisan iman daripada ibadah yang dilakukan secara berterusan.
3. Sebut
nama Allah sebanyak-banyaknya
No comments:
Post a Comment