Demikian sabda Nabi Muhammad SAW dalam riwayat Imam
Ahmad.Hadis ini hanyalah salah satu dari sekian banyaknya sabda Nabi yang
berbicara tentang hidup sederhana. Prinsip kesederhanaan ini tidak hanya
terucap melalui kata-kata tetapi juga tingkah laku dalam hidup seharian
baginda.
Ibnu Amir pernah
menyaksikan hebatnya kesederhanaan dan tawaduk Rasulullah, di tengah
kedudukannya yang luhur di antara umat manusia. “Aku pernah melihat Rasulullah
melempar jumrah dari atas unta tanpa kawalan pasukan, tanpa senjata, dan juga
tanpa pengawal.”
Menurut Ibnu Amir,
Rasulullah menaiki keldai berpelanakan kain dan dibonceng pula. Sering
menjenguk orang yang menghantar jenazah, menghadiri undangan dari seorang
budak, membaiki sandalnya, menampal pakaiannya, dan mengerjakan pekerjaan rumah
bersama isteri-isterinya.
Pernah suatu
ketika, Rasulullah bertemu dengan seorang lelaki yang kemudian gementar kerana
kewibawaan beliau. Melihat hal itu, Muhammad SAW berkata untuk menenangkan
laki-laki tersebut, “Tenanglah, aku
bukanlah seorang raja namun aku hanyalah anak dari wanita Quraisy yang makan
hirisan daging yang nipis.”
Saat dia berkumpul
dengan para sahabatnya, tak terlintas sedikit pun sikap untuk menonjolkan
dirinya. Sehingga, manakala ada seorang tamu asing datang ia tak boleh
membezakan Rasulullah dengan para sahabatnya. Bayangkan, seorang tokoh pemimpin
masyarakat kelas dunia dan akhirat sulit dikenali lantaran kesederhanaan dan
ketawadukannya. Memilih hidup sederhana tidak bermakna hidup miskin atau
membawa diri dalam kemiskinan.
Sementara itu,
dikalangan sahabat kita mengenal Mush’ab bin Umair. Pemuda ini kaya raya,
tampil bergaya dan serba mewah namun ketika tersibghah dengan nilai-nilai
Islam, ia menjadi pemuda yang sederhana. Demikian Islam menginspirasi umatnya,
yakni sederhana dalam pelbagai hal, mulai dari cara berpakaian, bertempat
tinggal, berkenderaan dan sebagainya.
Bukan sebaliknya,
bergaya hidup berlebih-lebihan, glamour, boros dan bermegah-megah. Allah berfirman,
“Makan
dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan.” (al-A’raf:31)
Mengapa demikian, kerana terbukti
gaya hidup mewah, berlebih-lebihan dan boros seringkali menyeret pelakunya
untuk melakukan hal apa pun demi memenuhi segenap nafsu dan hasrat hatinya
mungkin dengan cara rasuah, mencuri, menipu atau tindakan negatif lain.
Wallahu a’lam bishsawab
No comments:
Post a Comment