Wednesday, February 26, 2014

Ketua Gangster & Si Bisu

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Lalu ketua gangster mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut.

Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperoleh RM50 ribu. Bagaimanapun, si bisu telah menyembunyikan wang tersebut di suatu lokasi rahsia.

Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi. Lalu ketua gangster berjumpa seorang pakar bahasa isyarat.

Ketua Gangster: "Mana wang tu?"

Pakar menunjukkan isyarat tangan kepada si bisu. Si bisu menunjukkan isyarat: "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." Lalu pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut jawapan si bisu. Ketua gangster lantas menghalakan pistolnya ke arah kepala si bisu.

Ketua Gangster: "Aku akan tembak kepala kau bisu! Jawab mana wang tu!"

Si bisu menunjukkan isyarat: "Duit RM50 ribu itu aku telah sembunyikan di sebuah taman permainan, di bawah kerusi yang ketiga dari arah pintu masuk!"

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster: "Si bisu tak tahu wang tu ada di mana. Kalau engkau nak tembak, tembaklah.. dia tak kisah!"

2 comments:

LinkWithin

LinkWithin