Google+ Fans

Wednesday, February 5, 2014

Tip Kuatkan Ingatan, Minimumkan Lupa

 1. Jauhi dosa
Dosa boleh memberi kesan kepada  memori dan kemampuan akal untuk menyimpan maklumat. Dosa umpama kegelapan. Ia sukar untuk wujud bersama dengan cahaya ilmu.

Imam al-Syafi’I berkata:
“Aku telah mengadu kepada guruku mengenai ingatanku yang agak lemah.”

Beliau berkata:
“Ilmu itu daripada Allah dan umpama cahaya. Ia tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan dosa.”

Secara psikologinya, dosa yang dilakukan oleh manusia selalunya akan membelenggu perasaannya sehingga timbul rasa tidak tenteram, rasa bersalah dan ragu-ragu. Ini membuatkan seseorang itu sering memikirkan dosa-dosa yang dilakukannya. Keadaan ini menyebabkan ia hilang focus kepada banyak perkara termasuklah menuntut ilmu.

 2. Sentiasa menyebut nama Allah dan berzikir

Allah berfirman, maksudnya:

“Ingatlah serta sebutkan akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini’.”
(Surah al-Kahfi 18:24)

 3. Amalkan pemakanan secara sederhana
Makan dengan banyak boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk dan malas. Hal ini cenderung bagi seseorang menghabiskan banyak waktu untuk tidur dan mengurangkan daya fokusnya untuk menuntut ilmu. Para ulama terdahulu ada menyebut beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan. Antaranya:

  a)   Imam al-Zuhry berkata:
“Kalian sepatutnya selalu mengambil madu kerana ia sangat baik untuk daya  ingatan.”

 Katanya lagi:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis, hendaklah ia makan kismis.”

  b)  Mengurangkan atau mengelakkan makanan yang terlalu masam kerana asid dalam makanan yang masam boleh menyebabkan rasa malas dan lemah ingatan.

  c)   Elak daripada makan makanan segera, minuman bikarbonat, rokok dan bahan yang mengandungi Monosodium Glutamat (MSG).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin