Google+ Fans

Friday, October 12, 2012

Udang Masak Lemak Cili Api

 
Namanye pon sudah boleh membuatkan kecur air liur aku walaupun baru malam tadi makan.. Ni la masakan ke-3 yang aku belajar minggu ni.. Sumpah sedap wei.. Bukan aku saje puji sebab aku yang masak tapi sebab memang sedap. Aku nak share pulak cara2 masakan Udang Masak Lemak Cili Api ni...

Bahan2:

  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • cili api
*Di tumbuk ye.. (nak blend pon bole..ikut suka korang la)

  • serai (di titik)
  • carrot (tak letak pun takpe)
  • santan 1 kotak
  • air 1 mangkuk
  • tomato
  • daun sup
  • udang (yang ni pun ikut suka korang la nak letak ayam ke daging ke sotong ke ape2 jela)
Cara2nye:


  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit & cili api
  2. Masukkan serai & carrot.
  3. Masukkan santan & air.. Gaul jangan sampai pecah santan.
  4. Lepas tu baru la masukkan garam & ajinomoto secukup rasa.
  5. Last skali baru masukkan udang. Tak payah lama sebab udang cepat masak..
  6. Kemudian baru masukkan tomato & tabur daun sup..
Malam tadi saje buat extra lauk iaitu telur dadar sebab ade budak kecik yang tak boleh makan pedas.


So now ready to eat. Makan kat luar tak bagus. Kita tak tau pon tahap kebersihan kedai macam mane.. Lagi pon kalau masak sendiri dalam telur dadar tu korang bole letak macam2. Kat kedai ko mintak macam2 ready jela bayar mahal.. Yang merepek2 dia caj ko.. So selamat mencuba!!!
Selamat makan.. sedappppppp

2 comments:

  1. Sedap gler... hehehe.. buat lagi ygg.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..seronok gak masak2 ni..cuma ari ni je x sempat masak sup paru sebab asbento kena keje.. :(

    ReplyDelete

LinkWithin

LinkWithin